Blogger Layouts

Sunday, November 21, 2010

Petua Utk Hati

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

Hebatnya Penangan Ketawa

*Ketawa trbahak2 dpt mrangsang endorphin dlm tubuh.Ia spt morphin d dlm otak mnusia yg akan mngalir ke sluruh tubuh.Kesannya dpt mmbuatkn diri trasa tenang.

*Slain itu,ketawa trbahak2 juga dpt mnyeimbangkn serotonim dan melatonin shingga mmbuat tidur lebih nyenyak.

 *Ktika ktawa,organ2 dlm perut akan turut brgoncang.Shingga aliran darah lancar,wajah pun turut mnjadi merah.

*Ketawa dpt mmbakar kalori dan lemak d dlm tubuh.Tahu tak,dgn ktawa slama seminit shaja,ia brsamaan dgn mngayuh basikal slama 40 minit.

*Dan yg pling pnting,ktawa sbnarnya dpt mngurangkn stress.Ktawa akn mmbuatkn tkanan darah mnurun dan ktegangan pun smakin reda.

Tip2 yg brkesan...

Kawal dan selami emosi kamu...
Ini dapat d lakukan bila kamu benar2 memahami diri kamu.contohnya,apabila kamu tiba2 rasa marah,sedih,gembira tanpa sebab,cuba kamu selami hati kamu dan brfikir sejenak,apa yg sbenarnya brlaku.Cuba tnya pada diri kamu,"Apa yg mmbuatkn aku rasa bgini dan apa yg aku boleh buat utk rasa lebih elok?"Bunyinya memanglah mudah,tetapi bila kamu dh mahir mlakuknnya,kamu dapat mnangani naik turun emosimu dgn lebih baik.Dan ini akn mmbntu kamu mmbuat kputusan scara bjak dan mncapai apa yg kamu mahukn dlm hidup.

Kongsi perasaan kamu...
Jangan memendam rasa.Skiranya kamu rasa trtekan,cepat2 cari seseorg yg kamu prcayai utk mluahkn prasaan.Lebih mudah kalau mreka trdiri drpd org yg lebih tua,brpngalaman srta matang sprti ibu bapa,ckgu,kakak,ataupun mak saudara.Mreka ini benar2 sayangkn kamu dan pasti akn brusaha utk mmbntu kamu..

Amalkan diet yg seimbang...
Perubahan hormon juga bnyk mmpngaruhi oleh faktor pmakanan.Jika kamu rasa tertekan utk mnguruskn badan,ini akn mmbuatkn tubuh kamu tdak mndapat zat2 scukupnya dan emosi kamu juga mudah trganggu.Jangan ponteng makan sarapan ya! Kalau kamu ingin diet skalipun,pastikan kamu makan sayur-sayuran,buah dan minum air scukupnya.

Bila penat,rehatlah!
Sbg seorg remaja,kamu psti sntiasa aktif ke sana ke mari mlakukan aktiviti skolah dan sbgnya.Walaupun kamu mnjalani gaya hidup aktif,pstikan tubuh kamu mndapat rehat yg scukupnya.Jadi,tdaklah emosi kamu trgnggu.Bila badan sihat,kamu psti akn rasa lebih gmbira dan brtenaga.Ingat ya!

Bersabarlah mnghadapi ujian

Hidup di dunia tidak lepas dari ujian dan dugaan dari Allah. Itu sudah menjadi rencah kehidupan manusia. Ada dua jenis bentuk ujian buat manusia, ujian dalam bentuk kesenangan dan ujian dalam bentuk kesusahan.
Cuma, acapkali apabila disebut ujian Allah maka rata-rata manusia beranggapan ujian itu adalah dalam bentuk bala dan musibah. Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam pelbagai bentuk kekayaan, kekuasaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi.
Bahkan ujian kesenangan sebenarnya lebih sukar kerana kebiasaannya manusia itu lupa kepada Tuhan tatkala dirinya mengecapi pelbagai kesenangan hidup. Apabila ditimpa kesusahan, kebanyakan manusia akan kembali menyeru Tuhannya.
Mengenai ujian kesusahan, firman Allah di dalam Surah al-Baqarah:
[155] Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
[156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
[157] Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
Maka antara ujian yang datang daripada Allah itu ialah timbulnya perasaan takut di hati, kelaparan, hilangnya harta benda, tanaman dan orang yang disayangi. Kebiasaannya apabila manusia ditimpa musibah, pastinya mereka akan berada dalam keadaan sedih, dukacita dan gusar. Tetapi manusia yang bersabar menghadapi ujian akan menerima khabar gembira.
Ciri Manusia Yang Sabar
Manusia yang sabar ialah mereka yang apabila ditimpa kesusahan akan segera ingat kepada Allah, dengan berkata, "Inna lillah wa inna ilayhi raji'un," bahawa hidup kita ini secara keseluruhannya adalah hak milik mutlak Allah - apa sahaja yang kita miliki, baik harta, kuasa, bahkan nyawa kita dan orang-orang yang kita sayangi kesemuanya adalah hak milik Allah. Maka pastinya Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya ke atas segala yang dimiliki-Nya, dan akan tiba masa dan ketika di mana kesemuanya akan dikembalikan kepada-Nya.
Para 'ulama mengingatkan bahawa sabar itu mestilah berlaku pada pukulan pertama, iaitu ketika mula-mula musibah melanda. Bukannya seperti kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Manusia apabila mula-mula ditimpa musibah, ramai yang akan cepat melatah dan tidak redha dengan ketentuan tersebut. Setelah keadaan reda sedikit dan dia mula sedar bahawa dia tidak memiliki jalan keluar, barulah dia akan mula insaf, redha kepada ketentuan Tuhan dan berkata, "Sabar sahajalah, nak buat macam mana lagi..."
Itu bukanlah konsep sabar yang sebenar. Sabar yang sebenar ialah pada detik pertama musibah melanda, lantas manusia yang bersabar terus redha dengan ketentuan Allah tanpa sedikit pun timbul rasa kecewa atau penyesalan. Mereka inilah yang akan mendapat khabar gembira tersebut walaupun dilanda kesusahan.
Apa pula bentuk khabar gembira itu? Pertama khabar gembira itu datang dalam bentuk selawat daripada Allah, iaitu mendapat keberkatan daripada Allah dan keampunan dari dosa-dosa.
Kemudian datang pula rahmat Allah melimpahi mereka. Sa'id ibn Jubayr rahimahullah, seorang tokoh Tabi'in mengatakan bahawa rahmat itu ialah pelindung daripada siksa azab neraka. Dan akhirnya mereka adalah orang yang benar-benar mendapat petunjuk daripada Allah. Orang yang mendapat petunjuk pula akan mendapat ganjaran yang banyak kerana mereka mengikut petunjuk Allah...
 
Hoho Angry Anime Smiley